 |
|
Pembayaran RM150.00 adalah untuk pembelian perkhidmatan rekaan kemudahan resume di atas talian dari kami kepada anda. Anda adalah dianggap bersetuju dengan syarat dan terma kami apabila anda membuat pembayaran kepada pihak kami. |
| |
|
|
 |
|
Pembayaran RM450.00 adalah untuk pengurusan dan perkhidmatan untuk menyediakan akaun dan kemudahan anda sebagai Rakan Niaga MyResume2009. Anda adalah dianggap bersetuju dengan syarat dan terma kami apabila anda membuat pembayaran kepada pihak kami. |
| |
|
|
 |
|
Anda hendaklah mendaftar menggunakan maklumat anda yang sebenar. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email dan nama akan disekat. |
| |
|
|
 |
|
Kami memberi jaminan bahawa pesanan MyResume2009 anda akan kelihatan mirip contoh-contoh yang kami paparkan di laman web kami. |
| |
|
|
 |
|
Setelah membuat pengesahan bayaran, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan gambar-gambar anda (jika ada) dan juga isi kandungan untuk dimuatkan ke dalam MyResume2009 anda. |
| |
|
|
 |
|
Kami akan menghubungi anda semula dalam 2 hingga 5 hari selepas mendapat bahan-bahan di atas untuk mengesahkan rekabentuk MyResume2009 anda melalui e-mel yang anda usulkan kepada kami. |
| |
|
|
 |
|
Anda boleh membuat perubahan kepada MyResume2009 anda dalam masa 30 hari dari tarikh kami e-melkan MyResume2009 anda. |
| |
|
|
 |
|
Selepas 30 hari, anda masih boleh membuat 2 kali perubahan kepada isi kandungan MyResume2009 anda yang berunsur teks dalam tempoh 12 bulan dari tarik pembayaran anda disahkan. |
| |
|
|
 |
|
Selepas tempoh 12 bulan atau 2 kali perubahan atau yang mana dahulu, anda boleh meminta perubahan atau edit dibuat ke atas kandungan berunsur teks ke atas MyResume2009 anda dengan kadar RM10.00 satu permintaan edit. |
| |
|
|
 |
|
Perubahan atau edit berunsur imej adalah dibenarkan secara percuma dalam tempoh 15 hari dari tarikh rekabentuk MyResume2009 anda die-melkan kepada anda. Selepas tempoh 15 hari itu, anda boleh membuat perubahan berunsur imej dengan kadar RM25.00 satu halaman. |
| |
|
|
| |
|
Selepas 12 bulan, anda boleh lanjutkan langganan hosting MyResume2009 anda di www.mcv.me dengan caj RM30.00 setahun. |
| |
|
|
 |
|
Laman web ini mengandungi segala maklumat untuk anda membuat keputusan belian MyResume2009. Jika ada kemusykilan juga, sila hubungi kami melalui halaman "Hubungi Kami" yang disediakan. |
| |
|
|
 |
|
Kami tidak memberi pulangan wang balik kepada anda setelah anda membuat pembayaran kerana perkhidmatan rekaan kami kepada anda terus berlangsung sebaik sahaja pesanan anda dibuat. |
| |
|
|
 |
|
MyResume2009 tidak menjamin anda akan mendapatkan pekerjaan yang anda pohon, tetapi kami percaya ianya boleh mencerahkan peluang anda melalui prinsip-prinsip rekaan yang mengambilkira konsep-konsep behaviourial manusia yang terbukti keberkesanannya. |
| |
|
|
 |
|
Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kebocoran maklumat peribadi anda dengan langganan MyResume2009 anda. Kami juga tidak akan mendedahkan URL peribadi MyResume2009 anda kepada awam tanpa kebenaran anda. |
| |
|
|
 |
|
Kami tidak akan membuat kerja-kerja promosi untuk MyResume2009 anda untuk mendapatkan peluang temujanji kerja daripada bakal majikan. Kerja-kerja promosi MyResume2009 anda hendaklah ditanggung oleh anda sendiri. |
| |
|
|
 |
|
Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh langganan MyResume2009 anda. Sebarang tuntutan tidak dilayan. |
| |
|
|
 |
|
Anda juga bersetuju untuk menerima apa-apa makluman, berita terkini, dan sebagainya berkenaan dengan dari kami samaada melalui email, telefon, sms dan pos. Jadi, anda tidak boleh menganggap penerimaan bahan maklumat dari kami kepada anda sebagai SPAM. |
| |
|
|
 |
|
Kami berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis. |
| |
|
|
 |
|
Kami tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini. |
| |
|
|
| |
|
|